Kota Marudu Member of Parliament

Catuan air tidak perlu pada masa ini

KUALA LUMPUR - Catuan air tidak perlu dilakukan pada masa ini namun kerajaan akan terus memantau paras air di empangan di setiap negeri, kata Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air, Datuk Seri Dr Maximus Ongkili.

Beliau berkata, setakat ini pihaknya tidak menerima permohonan untuk mengadakan catuan air dari mana-mana negeri.

"Untuk tujuan segera, tiada permintaan untuk catuan air. Proses pencatuan air hanya akan dibuat di peringkat daerah dengan persetujuan kerajaan negeri.

"Setakat ini belum ada permohonan untuk catuan dari mana-mana negeri," katanya kepada pemberita di lobi Parlimen, hari ini.

Beliau berkata, pihaknya akan terus memantau semua paras air empangan di negara ini terutamanya di Johor, Selangor, Pulau Pinang dan Kedah.

Sementara itu, beliau berkata, pihaknya akan menghadiri mesyuarat di peringkat Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar hari ini bagi membincangkan langkah-langkah yang boleh diambil bagi menangani masalah kekurangan air ketika cuaca panas dan kering.

 

Sumber - Sinar Harian