Kota Marudu Member of Parliament

Liang Teck Meng dilantik Pengerusi SPAN

PUTRAJAYA: Ahli Parlimen Simpang Renggam, Datuk Liang Teck Meng, dilantik sebagai Pengerusi Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) baharu berkuat kuasa 1 November lalu.

Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air, Datuk Seri Dr Maximus Johnity Ongkili mengumumkan pelantikan Liang, yang juga Setiausaha Agung Gerakan, dalam satu kenyataan yang dikeluarkan Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air hari ini.

Liang, yang berkelulusan Ijazah Sarjana Muda dalam bidang Kejuruteraan Elektrik dari Universiti Tohoku, Jepun, menggantikan Datuk Ismail Kasim yang tamat tempoh perkhidmatan pada 31 Oktober lalu.

Kenyataan itu menyebut pelantikan Liang diharap dapat menyuntik iltizam bagi melaksanakan tanggungjawab dan objektif SPAN dalam merealisasikan polisi industri perkhidmatan air negara.

ni termasuk untuk memandu SPAN memastikan sistem kawal selia yang dinamik dan progresif bagi menggalakkan pembangunan dan mengurus impak industri perkhidmatan air terhadap masyarakat dan persekitarannya, katanya. 

Source : Berita Harian Online