Kota Marudu Member of Parliament

Unit Rawatan Air Kedua Selesai Krisis Air Di Kota Belud

KOTA BELUD – Sebuah unit rawatan air mudah alih kedua dihantar ke Sabah oleh Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air, kali ini untuk menyelesaikan krisis air di Kota Belud. 

Unit rawatan air mudah alih itu yang digelar Nomad, mempunyai kapasiti penjanaan sebanyak 3 juta liter sehari untuk menampung keperluan bekalan air kira-kira 13,000 orang di daerah ini, kata Menterinya Datuk Seri Dr Maximus Ongkili.

Bercakap pada pelancaran Nomad yang dipasang di sungai Tambulion Laut sebagai sumber air mentah pada membawa masuk unit kedua dengan kapasiti air lebih besar itu adalah untuk memberikan kemudahan kepada rakyat disebabkan oleh gangguan bkalan air di daerah itu ekoran kerosakan akibat gempa bumi dan beberapa siri banjir lumpur.

“Langkah segera dan sementara ini juga telah dijalankan untuk Ranau apabila Nomad pertama dengan kapasiti satu juta liter sehari dihantar ke daerah itu pada Julai lalu,”katanya, sambil menambah, unit itu dipinjamkan kepada daerah-daerah terjejas dimiliki oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara.

Untuk penyelesaian jangka panjang, Dr Maximus berkata, Kerajaan Persekutuan akan membantu jabatan air negeri untuk mencari sumber air alternatif sebagai sumber air utama iaitu Sungai Kadamaian telah diisytiharkan sebagai tidak selamat untuk diguna tanpa rawatan sewajarnya oleh pakar.

“Berdasarkan kajian yang dijalankan oleh Universiti Malaysia Sabah, sungai itu yang digunakan untuk menampung 90 peratus daripada keperluan bekalan air penduduk di sini kini dipenuhi kelodak dan batu granit dari Gunung Kinabalu beberapa siri banjir lumpur pada Jun dan Julai lalu.

“Dan ia memerlukan kos tinggi untuk rawatan dan penapisan bagi merawat air sungai itu untuk penggunaan.

“Oleh itu, kementerian akan membiayai kira-kira RM2 juta untuk kajian dan penyelidikan oleh pakar-palar bagi mengenal pasti sumber air alternative yng mungkin mengambil masa kira-kira enam bulan hingga setahun,”katanya lagi.

Mengenai gangguan bekalan air gravity yang dihadapi oleh penduduk di sini, Dr Maximus berkata kementeriannya akan bekerjasama rapat dengan Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW) dan ahli Parlimen Kota Belud, Datuk Abdul Rahman Dahlan untuk mencari penyelesaian.

Jabatan air daerah, katanya, kini dalam proses membina 25 unit telaga tiub.

“Sepuluh unit dicadangkan diletakkan di pekan, manakala 15 lagi untuk Kampung Bayayat,”katanya.

 

Sumber - Harian Express