Kota Marudu Member of Parliament

Lebih banyak kemudahan RTC diperlukan

KOTA MARUDU: Kerajaan perlu lebih banyak menyediakan kemudahan Mini Pusat Transformasi Luar Bandar (RTC) di kawasan luar bandar yang jauh dari jangkauan pentadbiran, kawasan padat dan perhubungan yang sukar.

Kemudahan RTC akan lebih memberi manfaat khususnya penduduk luar bandar. Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air, Datuk Seri Panglima Dr Maximus Ongkili berkata, langkah itu wajar memandangkan sesetengah kawasan agak jauh dari bandar dan ia menyukarkan penduduk untuk melakukan urusan melibatkan pelbagai agensi dan jabatan.

Maximus berkata demikian selepas merasmikan Karnival Usahawan, Pendidikan MARA dan Mini Pelancaran RTC di Kampung Pinatau.

Ahli parlimen Kota Marudu itu berkata, RTC juga mampu menjadi pusat bersepadu untuk menjalankan aktiviti pembangunan termasuklah melibatkan ekonomi, pendidikan serta kemahiran.

"Dengan adanya pusat-pusat penting untuk sampai ke penduduk kampung dalam usaha untuk meningkatkan taraf ekonomi mereka. Ia juga merupakan platform penting untuk menyebarkan kesedaran di kalangan belia dan penduduk kampung kepada latihan, pendidikan dan peluang-peluang lain yang disediakan kepada mereka," katanya.

 

Source - Utusan Borneo