| |
|
|
| |
| |
| .::
MISI ::. |
 |
Menggunakan
semua bakat, kebolehan, pengalaman, jaringan (networking)
dan kemahiran yang ada melalui kepimpinan politik Barisan
Nasional untuk merancang, menggubal dan melaksanakan program
pembangunan dan transformasi sosio-ekonomi kawasan Parlimen
Kota Marudu dan DUN Tandek ke arah taraf hidup masyarakat
yang berkualiti, jayadiri (self-reliant) dan cemerlang serta
budaya saing dengan masyarakat lain dalam negeri dan rantau
ini.
|
| |
| .::
MATLAMAT (2004 -2009) ::. |
-
MEMASTIKAN
Rangka Tindakan Strategik (Strategic Action Blueprint)
Pembangunan Kawasan P.168 Kota Marudu yang telah siap
dibentuk dkan dilaksanakan sepenuhnya agar matlamat menjadikan
Kota Marudu pust pertumbuhan ekonomi yang dinamik, "sustainable"
dan berdaya saing di zon utara Sabah manjadi realiti.
-
MEMASTIKAN
masalah penyuakatan dan pemilikan tanah di kalangan penduduk
kawasan Kota Marudu di DUN N4 Matunggong and DUN N5 Tandek
dapat diselesaikan secepat mungkin melalui pemprosesan
permohonan-permohoan tanah (PT) yang sistematik dan strategi
penyukatan yang menggunakan kosep "block surveying".
-
BERUSAHA
menyelesaikan tadahan air dengan menggunakan pendekatan
"community friendly" (mesra masyarakat) yakni
menekankan perlindungan sumber air yang berkekalan tetapi
pada masa yang sama masyarakat kampung dapat meneruskan
kehidupan harian mereka tanpa terganggu serta meningkatkan
ekonomi mereka melalui pengusahaan tanah yang pintar dan
berasaskan kepada penjagaan alam sekitar.
-
BERUSAHA
menyelesaikan masalah pemilikan kad pengenalan dan sijil
kelahiran di kalangan penduduk Kota Marudu melalui program
gerakan khas pendaftaran oleh Jabatan Pendaftaran Negara
dengan peruntukan kewangan Ahli Parlimen. melalui usaha
ini, pada tahun 2002/2003 sejumlah kira-kira 6,000 penduduk
telah dibekalkan secara percuma dengan kad pengenalan
dan sijil kelahiran. Dianggarkan kira-kira 3,000 orang
lagi yang memerlukan bantuan serupa di DUN Matunggong
dan DUN Tandek.
-
BERIKHTIAR
untuk mempastikan infrastruktur pendidikan di kawasan
DUN N4 Matunggong dan DUN N5 Tandek mencukupi, berkualiti
dan "accesible" kepada semua penduduk luar bandar
melalui pembinaan bangunan-bangunan sekolah baru, "upgrading"
bangunan-bangunan yang sudah uzur dan pembekalan guru-guru
terlantih yang mencukupi serta peningkatan motivasi dan
semangat saing di kalangan pelajar dan ibubapa melalui
program-program motivasi diri dan pendidikan amal.
-
BERIKHTIAR
untuk mempastikan infrastruktur keperluan asas (basic
needs) yang bermutu akan terus disediakan oleh pihak kerajaan
Negeri dan kerajaan Persekutuan, khususnya keperluan bekalan
elektrik, air, jaringan jalan raya, taliair, klinik-klinik
desa, perumahan dan lain-lain.
-
MERANCANG
dan melaksanakan pelan strategik bagi menjadikan kawasan
Kota Marudu pusat pengeluaran makanan di zon utara Sabah
yang berasaskan pengeluaran padi, jagung, kacang, buah-buahan
dan syur-sayuran, hasil-hasil laut dan pada masa yang
sama memperkukuhkan sumbangan perusahaan kelapa sawit,
getah, kelapa dan hasil-hasil hutan kepada ekonomi Kota
Marudu. Tujuan asas ialah untuk meningkatkan pendapatan
para petani melalui peningkatan produktiviti kesan daripada
penggunaan teknologi moden, pengetahuan baru dan pengurusan
ladang yang optima dan mapan. Matlamat Strategi ini aialah
untuk meningkatkan pendapatan petani dan mengeluarkan
mereka daripada belenggu kemiskinan.
-
MERANCANG
dan melaksanakan pelan strategik pembangunan eko-pelancongan
yang berasakan kekayaan sumber hutan dan marin, budaya,
bahasa, hidupan liar, kesenian dan kraftangan supaya kawasan
Kota Marudu menjadi pusat tumpuan pelancong dan pewujudan
peluang-peluang keusahawan dan pekerjaan bagi belia dan
beliawanis anak-anak watan tempatan di DUN N4 Matunggong
dan DUN N5 Tandek.
-
MEMATANGKAN
semangat perpaduan dan kerjasama di kalangan masyarakat
berbilang kaum di kawasan Kota Marudu di bawah naungan
Barisan Nasional yang menggariskan perpaduan dan perkongsian
kuasa sebagai landasan perjuangan politik dan pembangunan
negara.
-
MEMATANGKAN
aspirasi masyarakat kawasan Kota Marudu khususnya generasi
muda bagi meningkatkan ilmu pengetahuan, kemahiran, keusahawanan,
kepimpinan politik dan semangat jaya diri melalui penubuhan
istitusi latihan kemahiran swasta tajaan para intelek,
usahawan, NGO dan badan-badan kerajaan tempatan dan nasional
supaya wira dan wirawati kawasan Kota Marudu boleh bersaing
dengan masyarakat-masyarakat lain di dalam negeri dan
di peringkat antarabangsa dalam semua bidang kerjaya yang
diceburi.
|
| |
|
|
| |
Copyright
© Pejabat Perhubungan Ahli Parlimen P.168 Kota Marudu. All rights
reserved.
Updated:
11-Nov-2011
|
|
|